Sunday, 15 July 2012

Saya Ada, Awak Ada?

Sebelum aku mulakan post ini, aku nak mengatakan sesuatu. Mula saat ini, adikku Cipla akan ditukar semula kepada Maisha. Nanti ade orang emo gitu di pagi-pagi hari. Ok. :) saya sudah tukar....:) Sebenarnya aku tak ade idea nak bagi tajuk ape so aku letak la tajuk ni. Hal ini demikian kerana, amboi formal sgt dah ni. :p Ok, semalam bertarikh 14 Julai 2012 ade macam-macam berlaku yang sungguh meng-"butterflies"kan tummy ku. Malah ia juga  meng-"butterflies"kan tummy-tummy aunty ku dan umi ku and maisha ku. Hahahaha. :) Sebenarnya dah lama IY plan dengan Umi dan aku untuk buat surprise untuk Maisha. IY nak surprise Maisha. Sebab mereka dah lama "berpisah". Aku dan Umi pun ikut je la.:) hahahahaha.....adik dan anak kesayangan. Woot woot. :)


 Tanpa pengetahuan Maisha, IY datang untuk ketuk pintu. Maisha ingat cousin aku datang so rupa dia pun macam gambar seperti di bawah. Lain kali pakai elok-elok.


Maisha in the hoodie. :p P.S its a towel.

Saya ada, awak ada? adik saya IY pemain sukma. Jeng jeng. Jangan jealous you alls. Plus dia dapat pingat lagi tau. Betapa bangganya ku terhadap dirinnya. Setelah bersusah payah dia berlatih untuk sukma. Ini adalah sukma pertamanya dan dia telah kembali dengan pingat perak. Woohoo. Tahniah tahniah. Congratulations and celebration. :)





Ni gambar pemain dah letih. Layan fatso.

Dia bagi GAJAH kat aku. Sangat suka........:)




Ni la pingat dia. Berat. Ni kalau baling kat anjing, pun anjing tu koma.


Celebrate McD je la. Sebab macam biasa tempat kenangan Maisha dan IY.

Ni adalah prize giving dekat Pahang. 














xoxo,
Aku




Friday, 13 July 2012

Bulan Ramadhan

Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Mari kita mulakan dengan pengertian puasa. Pengertian puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialahmeninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu mula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat. Terdapat banyak kelebihan bulan ramadhan. Antaranya ialah:


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


1.Bulan yang diturunkannya padanya Al-Quran:


Allah S.W.T berfirman:


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه


Maksudnya: "Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barangsiapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu." [Al-Baqarah:185]


2. Bulan yang ada padanya Lailatul Qadr:


Allah S.W.T berfirman:


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ


Maksudnya: "Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan." [Al-Qadr:1-3]


3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka.


Nabi S.A.W bersabda:


[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]


Maksudnya: "Apabila tiba ramadhan, telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan" [HR Al-Bukhari:3277, Muslim:1079]


KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN


1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa.


Nabi S.A.W bersabda:


[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]


Maksudnya: "Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu" [HR Al-Bukhari:38, Muslim:175]


2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga.


Nabi S.A.W bersabda:


[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]


Maksudnya: "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga." [HR Al-Bukhari:2637]





Siapa boleh ingat puasa zaman kanak-kanak ribena? Aku masih ingat. Zaman dulu asal pergi pasar Ramadhan je nak beli semua. Semua makanan je nampak sedap. Padahal tak suka makan pun. Sekarang, kalau pergi pasar je, definitely kena cari nasi KERABU. My favorite sangat. :) 
Ini adalah antara kenangan dulu:



hahahaha....masih ingat lagi....:)




Just Another Day

Just another day in the 3D Tribe clan. :) Ok, hari rabu bertarikh 12 Julai 2012 setelah aku habis keje. Aku decided nak jalan je ke KLCC sebab petang tak hujan. Selalunya hujan. Sebelum keluar ofis, Umi call suruh naik gi ofis dia. Ok la, aku pun jalan sambil berlengang lengok sambil menikmati pemandangan hutan konkrit. :p Sampai je kat ofis Umi, standard ambik gambar dulu. Nak kata yang aku sampai dah. Setelah Umi call tanya "sesat ke?"...........errrrrrrrr, boleh la pulak sesat setelah naik banyak kali. Ish. Soalan cepumas.


Depan pintu Umi..... woot woot :)










 Sampai je kat ofis, mak aku sibuk buat keje. Hmmmm, yela orang yang dah bekerja kan. :)








Dah aku bosan, so aku pun pi la pusing-pusing kat tingkat 80 tu dengan kamera. Ni -----> 
adalah bilik bossnya. Besar sungguh pintu biliknya. Itu mengatakan betapa tinggi pangkat bossnya.










Dah Umi duk buat keje, aku pun mula la jadi buhsan. So, aku pun selongkar la satu bilik Umi. Umi kan kata, bilik aku semak, padahal "like mother, like daughter". :)







Cuma dia sorok barang2 tu je bawah meja dan dalam tong-tong je. Nanti boss nmpk, sah la kena marah gitu. Hahaha. Apepun, Umi merupakan org besar jugak. Org lama. Veteran gitu kat ofis sebab dah berpuluh-puluh tahun keje. Kalau tak percaya aku ade bukti.






Jeng-jeng. Nampak tu, 3 anugerah telah Umi bolot. :) 1 Anugerah Khidmat Setia dan 2 Anugerah Perkhidmatan Lama. Betapa banyak tu. Payah tau nak bolot semua anugerah begini. Hihi. Caiyok caiyok Umi. Lepas beberapa minit, aku mula buhsan semula. Aku pun mula buka la drawer-drawer Umi, buka kad-kad jemputan, tengok gambar dan macam-macam lagi la. Macam treasure hunt duk kat ofis Umi. Tiba-tiba terjumpa la kertas-kertas ni. Kertas-kertas ini telah ditulis oleh Cipla (zaman kanak-kanak ribena, skrg dah besar panjang galah gitu). 




Kecik-kecik dah marry first. Tsk tsk tsk. Cipla cipla cipla.





Ni yang paling nak tergelak dgn Umi sebab dia tulis from "greatest".....hmmmmmm



On the way balik rumah, Umi kan beli kereta baru. Tengah fikir la nak letak nombor ape. Tiba-tiba ade kereta lalu dengan nombor 2704. Tergelak habis la kami bertiga. 2704 itu merupakan tarikh IY dilahirkan. Hahahahahahah......................................................


Wednesday, 11 July 2012

The Apartment

In 3 words "NOT WORTH IT". The spaghetti yang kami makan dah la mahal pastu kering pulak tu. Rugi duit je pergi. If you are in KLCC and looking for spaghetti to eat, try going to Pizza Milano. It is nice and it is inexpensive. :) Asal spaghetti je, Pizza Milano la jawapannya. It is moist and so cheesy. Nyam nyam. 




Seafood Marinara for RM8

9 JULY 2012

Tarikh ini merupakan salah satu tarikh yang tidak akan ku lupakan. :) Terima kasih kepada Abe Iz kerana susah payah nak buat surprise tapi akhir-akhir kena marah. Sorry Abe Iz. Saya tak sengaja nak marah. Time tension dan lapar. Hihi. Kamu tau la saya kan bila time tu asyik cranky je. :p Hahaha. Begini la ceritanya. Semenjak kebelakangan ni, asal habis keje je, hujan. Terpaksa la aku dengan berbaju kurung ni redah hujan. So, aku tak jadi la nak pakai kasut keje. Nanti kena hujan, bau busuk. Hihi. Pakai je la selipar. Sampai di lrt ampang, aku lupa bahawa nak naik tower kena pakai kasut. Akhirnya aku decided nak pergi Pavilion sebab nak shopping di Daiso. Masa sampai di KLCC, Abe Iz call tanya dekat mana. Tiba-tiba ternampak dia. Time tu, aku rasa sungguh terharu sebab dari Putrajaya datang dengan hujannya di luar sana. :) (TERHARU SANGAT KAN??)
Abe Iz pun teman la aku pergi Pavilion. Sangat terharu. Dah la gantung kamera canon dekat leher. Budget foreigner la time tu. :)



Wajah pasrah sebab kena jalan melalui tunnel and jambatan yang sangat la jauh. Letih letih. :( Tapi bak kata Abe Iz, kena exercise. :p

Bila dah nak sampai dekat dengan Pavilion, kami pun ambik la gambar. Muka ceria yg mengatakan aku finally sampai di Pavilion. :) hahaha. 




Masuk je Pavilion ade sculpture bag besar. Sembonia sedang ade sale rupanya. :) Abe Iz macam biasa, nampak surfboard je suka. Terus nak ambik gmbr. :) Aku merupakan photographer dia aritu.
Kami berdua memang peminat Spain pun. Walaupun aku tak faham sangat game. Haha.


Kami berdua memang suka masuk kedai peralatan sukan. Tapi tak beli ape-ape pun. Ambik gmbr je lebih. Abe Iz khusyuk memilih barang yg bukan untuk dibeli. :) 





Jalan-jalan pusing Pavilion cari Daiso. Sampai tingkat 6, ade Tokyo street. Sebelum masuk Tokyo Street kena la ambik gambar gitu.....


Fially masuk Tokyo Street. Tak dapat pergi Tokyo pun, Tokyo Street dekat Pavilion pun menjadi la. :)


Abe Iz termenung pokok tiruan. Pokok ape pun tak tau. Rasanya Sakura?? Ia ke. Takpe lah.













Lepas tu model Abe Iz pun posing dengan gambar yang ade yang ade tulis Tokyo Street. Nak kata kami betul-betul berada di Tokyo Street.


Ini merupakan lagi satu sign yang besar kat dinding. :)

Ini dia streetnya yang banyak kedai makan sebenarnya. Daiso ade dekat hujung sekali. :) 








Terjumpa la bag yang telah memperdayai saya sejak akhir-akhir ni. Nampak sunggu la tipu. Tapi telah buktikan ia sebenarnya betul. :)



Lepas Pavilion, balik KLCC untuk berbuka puasa. :) Lepas dah makan and solat semua, pergi la tunggu Umi kat Tower 1. 



Terima kasih kerana menemani saya pada hari ini. :)