Thursday 9 August 2012

Restoran Kayu Nasi Kandar

Wahai pembaca-pembaca sekalian. :) Macam biasa post pasal makan lagi la. :p
Kali ni, hari isnin kami satu keluarga (atuk/nenek, uncle/aunty, cousins) berbuka puasa di jeng jeng jeng....Restoran Kayu di Kota Damansara. Padahal memang dah selalu pergi pun. Makanan kat sini biasa la boleh tahan. Tapi nasi campur agak mahal la. Kalau ambik nasi setengah pun, mamak tu akan kira full jugak. Sigh. Ok la, tapi kalau nak pergi time buka puasa tak payah la. Memang kelam-kabut sesungguhnya. Aku dan Maisha punya la tunggu lama untuk lauk and nasi. Disebabkan semua dah start makan aku dan dia tak dapat lagi, kami pun pergi la ambik kat bawah tu. Nasi setengah, ayam madu kepak and sayur RM6.50.
Makan-makan. Lepas tu aku berjanji tak nak makan kat situ dah sebab terlampau kenyang. (haha, guess what, selalu dah cakap macam tu...tak menjadi pun) Tapi kalau time bukan puasa, memang best untuk lepak with friends or family. Kalau nak quieter environment, naik kat tingkat atas. Ade air-cond kat atas. Hahaha. Roti tisu kat Kayu mmg sedap and plus tandoori dia pun sedap. Hahahaha. Goreng-goreng pun ade.
Overall rated:
- Not so bad after all.


No comments:

Post a Comment