Wednesday, 11 July 2012

9 JULY 2012

Tarikh ini merupakan salah satu tarikh yang tidak akan ku lupakan. :) Terima kasih kepada Abe Iz kerana susah payah nak buat surprise tapi akhir-akhir kena marah. Sorry Abe Iz. Saya tak sengaja nak marah. Time tension dan lapar. Hihi. Kamu tau la saya kan bila time tu asyik cranky je. :p Hahaha. Begini la ceritanya. Semenjak kebelakangan ni, asal habis keje je, hujan. Terpaksa la aku dengan berbaju kurung ni redah hujan. So, aku tak jadi la nak pakai kasut keje. Nanti kena hujan, bau busuk. Hihi. Pakai je la selipar. Sampai di lrt ampang, aku lupa bahawa nak naik tower kena pakai kasut. Akhirnya aku decided nak pergi Pavilion sebab nak shopping di Daiso. Masa sampai di KLCC, Abe Iz call tanya dekat mana. Tiba-tiba ternampak dia. Time tu, aku rasa sungguh terharu sebab dari Putrajaya datang dengan hujannya di luar sana. :) (TERHARU SANGAT KAN??)
Abe Iz pun teman la aku pergi Pavilion. Sangat terharu. Dah la gantung kamera canon dekat leher. Budget foreigner la time tu. :)



Wajah pasrah sebab kena jalan melalui tunnel and jambatan yang sangat la jauh. Letih letih. :( Tapi bak kata Abe Iz, kena exercise. :p

Bila dah nak sampai dekat dengan Pavilion, kami pun ambik la gambar. Muka ceria yg mengatakan aku finally sampai di Pavilion. :) hahaha. 




Masuk je Pavilion ade sculpture bag besar. Sembonia sedang ade sale rupanya. :) Abe Iz macam biasa, nampak surfboard je suka. Terus nak ambik gmbr. :) Aku merupakan photographer dia aritu.
Kami berdua memang peminat Spain pun. Walaupun aku tak faham sangat game. Haha.


Kami berdua memang suka masuk kedai peralatan sukan. Tapi tak beli ape-ape pun. Ambik gmbr je lebih. Abe Iz khusyuk memilih barang yg bukan untuk dibeli. :) 





Jalan-jalan pusing Pavilion cari Daiso. Sampai tingkat 6, ade Tokyo street. Sebelum masuk Tokyo Street kena la ambik gambar gitu.....


Fially masuk Tokyo Street. Tak dapat pergi Tokyo pun, Tokyo Street dekat Pavilion pun menjadi la. :)


Abe Iz termenung pokok tiruan. Pokok ape pun tak tau. Rasanya Sakura?? Ia ke. Takpe lah.













Lepas tu model Abe Iz pun posing dengan gambar yang ade yang ade tulis Tokyo Street. Nak kata kami betul-betul berada di Tokyo Street.


Ini merupakan lagi satu sign yang besar kat dinding. :)

Ini dia streetnya yang banyak kedai makan sebenarnya. Daiso ade dekat hujung sekali. :) 








Terjumpa la bag yang telah memperdayai saya sejak akhir-akhir ni. Nampak sunggu la tipu. Tapi telah buktikan ia sebenarnya betul. :)



Lepas Pavilion, balik KLCC untuk berbuka puasa. :) Lepas dah makan and solat semua, pergi la tunggu Umi kat Tower 1. 



Terima kasih kerana menemani saya pada hari ini. :)

5 comments: