Friday, 13 July 2012

Bulan Ramadhan

Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Mari kita mulakan dengan pengertian puasa. Pengertian puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialahmeninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu mula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat. Terdapat banyak kelebihan bulan ramadhan. Antaranya ialah:


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


1.Bulan yang diturunkannya padanya Al-Quran:


Allah S.W.T berfirman:


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه


Maksudnya: "Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barangsiapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu." [Al-Baqarah:185]


2. Bulan yang ada padanya Lailatul Qadr:


Allah S.W.T berfirman:


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ


Maksudnya: "Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan." [Al-Qadr:1-3]


3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka.


Nabi S.A.W bersabda:


[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]


Maksudnya: "Apabila tiba ramadhan, telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan" [HR Al-Bukhari:3277, Muslim:1079]


KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN


1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa.


Nabi S.A.W bersabda:


[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]


Maksudnya: "Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu" [HR Al-Bukhari:38, Muslim:175]


2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga.


Nabi S.A.W bersabda:


[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]


Maksudnya: "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga." [HR Al-Bukhari:2637]





Siapa boleh ingat puasa zaman kanak-kanak ribena? Aku masih ingat. Zaman dulu asal pergi pasar Ramadhan je nak beli semua. Semua makanan je nampak sedap. Padahal tak suka makan pun. Sekarang, kalau pergi pasar je, definitely kena cari nasi KERABU. My favorite sangat. :) 
Ini adalah antara kenangan dulu:



hahahaha....masih ingat lagi....:)




No comments:

Post a Comment